KUALA LUMPUR - Kabinet menyokong arahan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Abdul Razak supaya Ketua Audit Negara mengesahkan secara bebas
akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam kenyataan hari ini berkata, Kabinet, telah diberi taklimat oleh 1MDB dan firma auditnya Deloitte berhubung beberapa dakwaan dibuat terhadap dana pelaburan strategik itu.
"Penjelasan diberikan oleh 1MDB dan para juruaudit menunjukkan tidak berlaku salah laku dalam syarikat itu.
"Perdana Menteri juga telah berikrar bahawa sekiranya terbukti ada salah laku, 1MDB akan berdepan tindakan undang-undang," katanya.
Pada Rabu, Najib yang juga Menteri Kewangan dalam kenyataan berkata laporan Ketua Audit Negara akan diserahkan untuk pemeriksaan telus kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, yang bersifat dwipartisan sepenuhnya.
Berikut kenyataan penuh Mohd Shafie tentang 1MDB:
"Kabinet diberi taklimat oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan firma auditnya Deloitte, berhubung beberapa dakwaan dibuat terhadap dana strategik pelaburan itu.
Penjelasan diberikan 1MDB dan para juruaudit menunjukkan bahawa tidak berlaku salah laku dalam syarikat itu.
Kabinet juga menyokong arahan Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan supaya Ketua Audit Negara mengesahkan secara bebas akaun 1MDB.
Selain itu, laporan Ketua Audit Negara akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, yang bersifat dwipartisan sepenuhnya, untuk penelitian lanjut.
Perdana Menteri juga berikrar bahawa sekiranya terbukti ada sebarang salah laku, 1MDB akan berdepan tindakan undang-undang." - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan