Pasukan siasatan bebas MH370 yang meneliti kes kehilangan pesawat MH370 mengeluarkan dokumen tebal 584 halaman mengandungi fakta yang dikumpul setakat ini.
Ketua pasukan itu Kok Soo Chon berkata data itu akan dianalisis dalam bulan-bulan mendatang dan cadangan keselamatan akan dikemukakan.
“Sebagai tambahan kepada analisis dan kesimpulan berfasa berhubung siasatan, langkah yang akan diambil termasuk pengesahan lanjut maklumat yang didapati daripada bukti-bukti baru.
“Pasukan siasatan menjangkakan bahawa maklumat lanjut berasaskan fakta akan didapati daripada bangkai dan perakam pesawat jika pesawat itu dijumpai,” katanya.
Laporan interim itu dibacakan langsung oleh Kok di RTM1 pada jam 3 petang tadi, sempena setahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu.
Media tidak diundang untuk mengajukan soalan kepada pasukan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan