HALAMAN SANTAI

Isnin, 9 Mac 2015

MB: Pimpinan Pakatan tiada masalah isytihar harta

Oleh: LIZAWATI MADFA



SHAH ALAM- Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali tiada masalah untuk membuat pengisytiharan harta.

Beliau berkata perkara itu juga merupakan sebahagian daripada pegangan dan amalan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sejak 2008.

“Tiada masalah kerana tiada apa yang hendak disembunyikan.

ZAT_3292 copy“Mana-mana pimpinan dalam PR bersedia untuk mengisytiharkan harta masing-masing,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian bagi menjawab beberapa pihak untuk Menteri Besar mengisytiharkan harta.

Sebelum ini, Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mencabar adun dan ahli parlimen PR untuk mengisytiharkan harta.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar terlebih dahulu menyahut cabaran berkenaan.

Rafizi dilaporkan berkata akan membuat pengisytiharan itu di lobi parlimen pada minggu hadapan.EZY


Tiada ulasan: