HALAMAN SANTAI

Isnin, 9 Mac 2015

MB: JAS & LUAS diarah tubuh pasukan penguatkuasa Sg Semenyih

Oleh: LIZAWATI MADFA


SHAH ALAM: Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) diarah menubuhkan pasukan penguatkuasa di sepanjang Sungai Semenyih.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, langkah itu diputuskan bagi menangani masalah pencemaran yang sering berlaku seterusnya menjejaskan sumber air penduduk.

Azmin Air

“Pencemaran ini sudah kerap berlaku terutama ketika cuti panjang dan hujung minggu, maka pasukan khas perlu ditubuhkan agar perkara itu tidak berulang.

“Kita juga sudah putuskan langkah terperinci memastikan bekalan air mencukupi dan tiada catuan seperti tahun-tahun sebelum ini,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditanya langkah diambil Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah pencemaran yang sering berlaku di Sungai Semenyih sekitar bulan Februari dan Mac.

Awal minggu lepas, Loji Rawatan Air Semenyih terpaksa ditutup sementara berikutan terdapat pencemaran di Sungai Semenyih.

Penutupan itu menyebabkan ganguan bekalan air di beberapa wilayah seperti Petaling, Kuala Langat dan Sepang.EZY


Tiada ulasan: