PETALING JAYA: "Mungkin PAS alami masalah cetak draf itu, sebab baru
dilanda banjir," kata Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul
berseloroh kerana parti itu sehingga kini gagal membentangkan Draf
Pindaan Enakmen Undang-Undang Syariah II kepada Pakatan Rakyat.
Beliau mendesak PAS membuat pembentangan itu segera agar tidak timbul
salah faham serta pada masa sama membolehkan PKR menyatakan pendirian
secara rasmi.
"Kita minta supaya PAS jelaskan kepada pimpinan dan rakyat kerana akhirnya penjelasan itu tidak merebak ke bawah.
"Jadi kita merayu kepada pimpinan PAS untuk terangkan perkara ini sebab
banyak orang keliru dan saya fikir ramai juga pimpinan yang keliru apa
yang jadi.
"Enakmen-enakmen yang ingin diwujudkan di Kelantan harus diperjelaskan, terlalu banyak perkara yang mereka kena jelaskan.
"Mungkin mereka perlukan masa muktamar akan berlangsung, mungkin mereka
sibuk dengan muktamar mungkin tidak siap cetak sebab banjir ke... Jadi
kita tunggu je,"katanya di sidang media sebentar tadi.
Pada masa sama, beliau menafikan PKR kecewa dengan sikap PAS yang sehinga kini berdiam diri tentang penjelasan tersebut.
Beliau turut berharap PAS khususnya di kalangan pimpinannya bijak
membuat keputusan dan tindakan agar bukan sahaja perkara ini dapat
diterima oleh bukan muslim tetapi juga dapat memberi pemahaman jelas
kepada PR.
"Sudah tentu apabila kita bercakap tentang hudud ia sangat luas dan
saya yakin yang perlu ditekankan adalah dengan kebijaksanaan kepimpinan
PAS, mereka boleh jelaskan dengan sangat jelas supaya bukan setakat
muslim, bukan muslim juga nak tahu apa yang jadi sebenarnya," ujarnya.
Dijadualkan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat (MPPR) akan
diadakan 8 Mac ini dan DAP dan PKR menunggu penjelasan terperinci
daripada PAS tentang bagaimana pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II
1993 (Pindaan 2015) sebelum dibawa ke persidangan Parlimen 9 Mac ini.
Untuk rekod, sekutunya sendiri iaitu DAP seringkali dengan lantang
menolak perjuangan parti Islam itu untuk melaksanakan hudud di Kelantan
walaupun maklum bahawa parti itu sudah berniat melaksanakannya lebih 20
tahun sejak memerintah Kelantan.
MPPR yang lalu sebelum Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
disabitkan bersalah dalam kes Liwat IInya gagal memuktamadkan isu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan