Beliau ditumbuk sebelum sempat keluar dari kereta sebaik sahaja tiba di hadapan halaman rumahnya awal pagi tadi.
PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad ditumbuk dan dipukul oleh individu yang tidak dikenali sebaik sahaja solat subuh pagi tadi.
Menurut Ketua Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat, Dzulkefly ditumbuk di hadapan rumahnya di Shah Alam.
“Beliau ditumbuk sebelum sempat keluar dari kereta sebaik sahaja tiba di hadapan halaman rumahnya awal pagi tadi. Penjenayah itu berkata, ‘Kenapa kurang ajar sangat?,” kata Suhaizan kepada Free Malaysia Today.
Sehubungan itu, Pemuda PAS melahirkan rasa dukacita dengan kejadian tersebut.
“Saya tidak menolak kemungkinan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan membuat provokasi terhadap pimpinan PAS. Matlamat jahat mereka adalah untuk memecahbelahkan PAS,” ujarnya.
Pada masa sama, Suhaizan berharap segala perbuatan yang dilakukan penjenayah terhadap Dzulkefly akan mendapat pembalasan yang setimpal.
Dzulkefly sebelum ini dikatakan antara individu yang terlibat untuk mengulingkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, namun dakwaan itu dinafikan malah mereka tidak ingin membincangkan khabar angin tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan