THE MALAYSIAN INSIDER
rayuannya kepada Kementerian Dalam Negeri (MHA) untuk menganjurkan Festival Future Music Asia 2015 (FMFA15) di republik itu gagal.
Dalam satu kenyataan hari ini, penganjur acara itu berkata: "Kami boleh sahkan bahawa kami telah menerima secara rasmi berhubung penolakan rayuan kami."
Pada Jumaat, ia dilaporkan bahawa MHA selepas mempertimbangkan dengan teliti, menolak rayuan Livescape Singapore untuk mendapatkan permit bagi mengadakan acara itu.
Acara FMFA yang diadakan di Kuala Lumpur tahun lepas dicemari masalah dadah apabila enam rakyat Malaysia meninggal dunia akibat pengambilan dadah berlebihan manakala 16 lagi dimasukkan ke hospital atas perkara-perkara berkaitan dadah. Beberapa warga Singapura juga dilaporkan dimasukkan ke hospital selepas dipercayai mengambil dadah berlebihan manakala dua orang kemudiannya didakwa atas kesalahan dadah. – Bernama,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan