Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, tiada mana-mana negara
dalam dunia mampu menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat
dengan bayaran hanya RM1.
Malah, kata Najib, negara maju seperti AS juga tidak mampu menandingi kecekapan sistem kesihatan di Malaysia.
"Di Malaysia, kalau pergi jumpa doktor umum di hospital kerajaan - sama ada di klinik 1Malaysia atau hospital (kerajaan), bayarannya cuma satu ringgit.
"Saya berani bertaruh, mana ada sistem kesihatan di dunia yang bayarannya satu ringgit, (manakala) ubat-ubatannya pula diberi percuma," katanya ketika merasmikan Sidang Meja Bulat anjuran Kumpulan Pemikir Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini.
Kata Najib, jika seseorang bertemu dengan doktor pakar (di klinik atau hospital kerajaan), bayaran yang dikenakan hanyalah RM5.
Maknanya, kata Najib, jika ditukar nilai itu kepada dolar Amerika, ia hanya berjumlah AS$1.50.
"Di Malaysia anda boleh bertemu doktor pakar dengan hanya AS$1.50," katanya.
Obama Care pun tak terlawan
Kelebihan itu, kata perdana menteri tidak dapat ditandingi mana-mana pihak.
"ObamaCare pun tak boleh beri. ObamaCare pun tidak boleh lawan Malaysia care," katanya.
ObamaCare
merujuk kepada gelaran untuk Akta Perlindungan Pesakit dan Rawatan
Mampu yang mereformasi industri kesihatan AS melalui inisiatif Presiden
Barack Obama pada 23 Mac 2010.
Dalam sistem pendidikan pula, Najib (gambar) berkata kerajaan menanggung 90 peratus kos pengajian peringkat tinggi membolehkan mahasiswa hanya perlu menanggung baki 10 peratus.
Jika masih tidak mampu, katanya, mereka boleh memohon kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk bantuan.
Di sesetengah negara Asean, kata Najib, rakyatnya hanya boleh bekerja sebagai pelayan hotel kerana tidak mampu melanjutkan pelajaran ke universiti.
Tanya pelayan hotel
Namun, Najib berkata, keadaaan itu tidak akan timbul di Malaysia kerana semua rakyat mampu ke universiti dengan subsidi kerajaan.
"Akses kepada pendidikan yang berkualiti termasuk di UKM ini bukan bergantung kepada kemampuan kita, tetapi keinginan untuk belajar," katanya.
Maklumat itu, kata Najib, diperoleh apabila beliau bertanya sendiri kepada pekerja hotel yang sempat ditemui.
"Saya tanya sebab mereka nampak cerdik. Saya tanya - kenapa tidak meneruskan pengajian? Jawab mereka, kos (yang perlu ditanggung) terlalu tinggi.
"Maknanya dia akan jadi seorang pelayan di hotel walaupun ada potensi untuk menjadi seorang mahasiswa.
"Saya tak fikir perkara ini timbul di Malaysia," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan