MUADZAM SHAH: Himpunan Derita Rakyat 2.0 (HINDAR 2.0) malam tadi yang
menjadi kemuncak kempen PAS menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin
esok , sekali lagi menyerlahkan situasi ulama PAS yang 'keseorangan'
dalam usaha melakukan kejutan di kubu kuat Umno itu.
Majlis anjuran Dewan Ulama itu tidak dihadiri PKR dan DAP namun yang
lebih ketara ialah ketiadaan pemimpin-pemimpin golongan professional
atau Anwarista.
Himpinan itu hanya membariskan pemimpin PAS yang yang sering terlibat dengan ceramah seperti malam-malam sebelumnya.
Antaranya Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man;
Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh; Ahli
Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Aziz; Pemangku Timbalan Ketua
Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed dan Pengarah Operasi Pusat
Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki.
Kira-kira tiga ribu hadirin sekali lagi disaji dengan ucapan-ucapan
yang berkisar mengenai pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(GST), dengan mendakwa ia membebankan rakyat miskin.
Pemimpin-pemimpin seperti Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim
Tuan Man banyak menuding jari kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak namun tidak menawarkan sebarang alternatif atau penyelesaian
kepada isu yang dibangkikkan.
Sementara itu, calon PAS, Nazri Ahmad hanya muncul kurang daripada 10 minit sebelum beredar ke lokasi kempen yang lain.
Dalam cubaan yang agak terdesak untuk meraih simpati, penganjur majlis
menampilkan seorang kanak-kanak kelainan upaya (OKU) yang dicanang
sebagai mangsa cukai berkenaan.
Kanak-kanak itu menghidap barah tulang sehingga menyebabkan sebelah
kaki dipotong, dikatakan terpaksa menanggung kos perubatan yang mahal
kononnya kerana pelaksanaan GST sebanyak enam peratus.
Bagaimanapun status sebenar pesakit itu tetap menjadi tanda tanya
kerana ribuan ubat-ubatan dikecualikan daripada GST manakala kerajaan
memperkenalkan pelbagai skim untuk membantu golongan pesakit yang tidak
mampu membayar kos rawatan.
PAS menyasarkan GST itu sebagai senjata utamanya sepanjang tempoh dua
minggu berkempen pada PRK Rompin dalam usaha meraih sokongan di kawasan
parlimen berkenaan.
PRK Rompin menyaksikan saingan dua penjuru di antara calon BN, Datuk
Hasan Ariffin dan Nazri yang juga Ketua Pemuda PAS Pahang.
Pada PRU yang lalu, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis mengekalkan
kerusi parlimen itu untuk BN setelah mengalahkan calon PAS, Nuridah
Salleh dengan majoriti 15,114 undi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan