HALAMAN SANTAI

Rabu, 20 Mei 2015

Nelayan perlu sertai Super

SINAR HARIAN


penyu Foto hiasan
 
 
LUMUT - Jabatan Perikanan Negeri menggalakkan nelayan menyertai Pasukan Sukarelawan Perikanan (Super) untuk membantu memantau aktiviti pencerobohan di laut selain menjaga kehidupan spesies penyu yang semakin pupus.

Ketua Cawangan Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Jabatan Perikanan Perak, Kasim Tawe berkata, 40 nelayan di negeri itu telah menganggotai pasukan berkenaan yang diperkenalkan di seluruh negara sejak tahun lepas.

Beliau berkata, 18 nelayan menjadi anggota super di kawasan perairan Teluk Senangin manakala 12 orang lagi turut terlibat di kawasan Perak Tengah.

"Mereka ini yang hampir 24 jam berada di kawasan laut, dapat membantu memaklumkan jika ada penyu yang tersangkut atau mati di tengah laut supaya kita dapat menjaga spesies berkenaan yang kian terancam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Kenali Penyu, Sayangi Penyu 2015 di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Pasir Panjang, di sini hari ini.

Sebanyak 21 penuntut Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) Segari terlibat dalam aktiviti gotong-royong yang diadakan di kawasan Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Pasir Panjang itu bagi menjaga kebersihan terutama di kawasan yang dipercayai tempat pendaratan penyu.

Dalam program itu, Syarikat Malakoff Corporation Berhad menyumbangkan dana sebanyak RM10,000 untuk keperluan pusat berkenaan. - Bernama

Tiada ulasan: