Oleh TAN SRI LEE LAM THYE
BAJET 2016 adalah kritikal kerana ini belanjawan negara yang pertama dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) dan tahun pertama pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam suasana ekonomi mencabar di dalam dan luar negara.
Salah satu isu utama yang dihadapi oleh rakyat Malaysia hari ini adalah kos sara hidup yang melambung tinggi. Harga makanan, perkhidmatan dan lain-lain meningkat, sedangkan kenaikan itu tidak sepadan dengan kenaikan gaji. Dengan pelaksanaan GST, pengguna kini perlu membayar lebih untuk kebanyakan barangan dan perkhidmatan.
Beberapa
langkah perlu diambil untuk mengurangkan kesan awal GST kepada rakyat.
Saya ingin mencadangkan supaya GST dikurangkan kepada tiga peratus
dalam Bajet 2016 bagi meringankan beban rakyat.
Kerajaan juga harus mengekang peningkatan kos sara hidup, mempergiatkan pemantauan ke atas peniaga yang mengambil untung berlebihan dan meletakkan lebih banyak barangan dalam senarai pengecualian GST. Bajet 2016 juga perlu mengurangkan lagi cukai pendapatan individu dan korporat.
Saya berharap dapat melihat peningkatan dalam pelepasan cukai untuk individu dan anak dalam Bajet 2016, yang pada masa ini RM9,000 bagi setiap individu dan RM1,000 bagi setiap orang anak. Dengan kos sara hidup yang meningkat, kadar purata pelepasan cukai semasa sebanyak RM750 sebulan untuk individu dan RM83 untuk seorang anak, adalah tidak mencukupi. Saya mencadangkan supaya pelepasan cukai dinaikkan kepada RM12,000 setahun untuk individu dan RM3,000 untuk seorang anak.
Ini juga masa yang tepat bagi kerajaan, untuk menyediakan insentif bagi menggalakkan rakyat Malaysia membeli produk tempatan, memandangkan penyusutan nilai mata wang ringgit menyebabkan produk dan makanan import menjadi mahal.
Selain menghidupkan semula kempen Beli Barangan Malaysia, Bajet 2016 boleh memperkenalkan insentif untuk peruncit mengurangkan harga barangan tempatan seperti pakaian dan perabot, serta untuk petani menghasilkan lebih banyak produk. Sementara itu, FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) boleh menganjurkan pasar tani di lebih banyak lokasi di seluruh negara.
Bajet 2016 juga perlu memberi tumpuan kepada kumpulan yang kurang bernasib baik seperti golongan miskin tegar, orang kurang upaya dan ibu tunggal. Golongan ini perlu diberi peluang untuk berdikari dan mengambil bahagian dalam pertumbuhan ekonomi negara. Selain bantuan kewangan, dana untuk skim latihan kemahiran khas atau skim pinjaman mudah untuk golongan ini boleh disediakan untuk membantu mereka menjadi sebahagian daripada tenaga kerja negara ataupun usahawan.
Bagi menggalakkan sektor korporat membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik, dicadangkan syarikat-syarikat diberi potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan terhadap golongan ini. Buat masa ini, potongan cukai dua kali hanya diberikan kepada syarikat yang menyediakan latihan untuk orang kurang upaya serta siswazah menganggur di bawah Skim Latihan 1Malaysia.
Mereka yang berpendapatan rendah, yang membentuk 40 peratus daripada seluruh isi rumah di negara ini, yang juga dikenali sebagai B40 (Bawah 40), ialah golongan paling terkesan daripada kenaikan kos sara hidup. Mereka perlu diberi akses kepada rumah mampu milik, pekerjaan yang stabil, pendidikan tinggi dan latihan kemahiran untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Ini adalah antara isu penting yang perlu ditangani sebelum Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020.
Bajet juga perlu mewujudkan dana bagi melatih pekerja di sektor awam dan swasta, terutamanya mereka yang berjawatan rendah untuk meningkatkan kemahiran dan menjawat jawatan lebih baik, seterusnya membawa mereka keluar dari kumpulan berpendapatan rendah.
Lebih banyak skim latihan vokasional perlu diwujudkan untuk lepasan sekolah yang tidak layak mendaftar di kolej dan universiti. Latihan vokasional akan melengkapkan mereka dengan kemahiran bagi meningkatkan peluang mendapat pekerjaan berkemahiran tinggi.
Bekas anggota polis yang telah banyak menyumbang kepada negara dengan menamatkan pemberontakan komunis semasa darurat di Semenanjung Malaysia di antara tahun 1948 dan 1962, dan di Sabah dan Sarawak antara tahun 1962 dan 1974, tidak harus dilupakan.
Menurut Persatuan Bekas Polis Malaysia, terdapat kira-kira 13,000 bekas anggota polis kumpulan ini kini dalam usia emas, tanpa apa-apa pencen atau pendapatan yang stabil. Bajet 2016 perlu memberi bantuan kepada wira-wira tak didendang ini seperti elaun sara hidup sebanyak RM300 sebulan selain BR1M.
Isu siswazah menganggur masih belum dapat diselesaikan. Setiap tahun puluhan ribu pemegang ijazah dihasilkan oleh universiti-universiti tempatan dan luar negara. Menurut Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), terdapat sekurang-kurangnya 200,000 graduan menganggur di negara ini dan jumlah itu dijangka meningkat.
Para majikan berpendapat antara faktor yang menyebabkan siswazah gagal mendapat pekerjaan adalah kurang kemahiran berbahasa Inggeris dan kemahiran insaniah, serta kelayakan pemohon tidak sepadan dengan kehendak jawatan yang dipohon. Saya berharap Bajet 2016 akan menyediakan peruntukan latihan bahasa Inggeris dan kemahiran insaniah bagi siswazah menganggur supaya mereka boleh mendapat pekerjaan di syarikat-syarikat tempatan atau multinasional.
Bajet 2016 juga perlu mempertimbangkan insentif cukai bagi syarikat yang menawarkan pekerjaan kepada banduan yang dalam tempoh parol. Ini bukan sahaja akan memberi peluang kedua kepada bekas banduan bahkan turut membekalkan tenaga kerja tempatan untuk majikan.
Kira-kira 6,000 hingga 7,000 kematian berlaku di jalan raya negara ini setiap tahun. Langkah-langkah pencegahan amat diperlukan untuk mengelak kemalangan besar dan tragis. Bajet 2016 perlu memperuntukkan dana untuk tujuan keselamatan jalan raya, sama ada menaik taraf jalan, penambahbaikan papan tanda, penyelidikan keselamatan jalan raya, kempen kesedaran atau penguatkuasaan. Pelan tindakan yang kukuh perlu dirumuskan untuk mengelak kehilangan nyawa dan anggota badan akibat kemalangan jalan raya.
Bajet juga perlu mengurangkan duti import ke atas pembelian peralatan perlindungan peribadi (PPE) yang tidak terdapat di pasaran tempatan untuk menggalakkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.
Ini adalah selaras dengan matlamat kerajaan untuk mewujudkan budaya keselamatan di tempat kerja dan mengurangkan kemalangan industri. PPE digunakan atau dipakai oleh seseorang untuk meminimumkan risiko kepada kesihatan atau keselamatannya. Ini termasuk but, topeng muka, topi keras, penyumbat telinga, alat pernafasan, sarung tangan, abah-abah keselamatan, pakaian yang mudah dilihat dari jauh dan lain-lain.
TAN SRI LEE LAM THYE ialah aktivis sosial yang juga Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan