HALAMAN SANTAI

Selasa, 6 Oktober 2015

Jerebu mulai beri kesan di Langkawi

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
LANGKAWI: Keadaan jerebu yang semakin teruk di Langkawi sejak semalam, mula memberi kesan dengan menjejas beberapa aktiviti yang dirancang.
 
Antaranya, Persidangan Ketua-Ketua Polis Bantuan Pelabuhan Malaysia dan seminar keselamatan yang dirancang hari ini, terpaksa dibatalkan.
 
Ini berikutan peserta luar tidak dapat menghadirinya berikutan penerbangan mereka dari Kuala Lumpur semalam dibatalkan. Semalam, dua penerbangan dari Kuala Lumpur dibatalkan selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ditutup lebih tiga jam atas faktor keselamatan selepas jerebu menyebabkan jarak ketampakan terbatas sehingga 500 meter saja.
 
Tinjauan Bernama di beberapa kawasan tumpuan pelancong juga mendapati keadaan yang agak lengang berbanding hari biasa. Sebilangan pelancong didapati menggunakan topeng muka. Sehingga tengah hari ini, bacaan Indeks Pencemaran Udara di Langkawi berada pada tahap tidak sihat iaitu 165.
 
 

Tiada ulasan: