KUALA LUMPUR,  Semua sekolah di daerah Langkawi diarah tutup bermula pada hari esok     ( RABU ) , berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat yang masih tidak menunjukan perubahan.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan II, P.Kamalanathan, bacaan IPU yang dipantau sejak jam 3 petang tadi menunjukan terdapat penurunan ke tahap Sederhana bagi kebanyakan kawasan di seluruh negara namun begitu masih terdapat 17 kawasan lagi yang menunjukan bacaan Tidak Sihat.

“Penutupan sekolah itu melibatkan sejumlah 28 buah sekolah dengan seramai 18,759 orang pelajar di daerah terbabit.

“Namun sekiranya berlaku peningkatan ke tahap Tidak Sihat dan Sangat Tidak Sihat maka pihak berkenaan perlu mengambil tundakan di peringkat masing-masing seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPN),” kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Terdahulu, semua sekolah di seluruh negara kecuali sekolah-sekolah di daerah Langkawi diarah buka semula seperti biasa pada hari esok.

Walaubagaimana pun, semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah termasuk pengurusan sekolah di seluruh negara perlu memantau bacaan IPU yang dikeluarkan secara berterusan.