HALAMAN SANTAI

Isnin, 5 Oktober 2015

Najib: Hentikan fitnah pertemuan dengan Netanyahu

 Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

 
Post Pic

 
SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta orang ramai menghentikan fitnah perjumpaannya dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, minggu lalu.
 
Najib memuatnaik kenyataan itu menerusi satu posting di laman Facebooknya, hari ini.
 
"Saya difahamkan ada gambar saya dengan PM Israel yang diedarkan di media sosial, seolah-olah saya telah mengaturkan pertemuan dengannya.
 
"Sebelum itu beliau berucap di Perhimpunan Agung United Nations, giliran saya selepasnya dan kami terserempak ketika sedang menunggu kenderaan masing-masing. Tidak ada sesiapa yang mengatur pertemuan tersebut.
 
"Hentikan fitnah ini!," demikian memetik gesaan Najib.
 
Sebelum ini Najib menjelaskan keadaan sebenar beliau bertembung dengan pemimpin berkenaan di sebuah pintu di ibu pejabat PBB sebelum mengambil giliran untuk berucap.
 
Katanya, penyebaran beberapa gambar antara beliau dan Netanyahu di media sosial memberikan gambaran yang salah.
 
 

Tiada ulasan: