PETALING JAYA: Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad
didakwa semula di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan
menganjurkan perhimpunan tanpa kebenaran pada 8 Mei 2013.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Nik Nazmi, 33,
selepas Hakim Azwarnida Affandi memerintahkan pihak pembelaan dan
pendakwaan memfailkan permohonan bantahan terhadap pertuduhan di
Mahkamah Sesyen.
Berdasarkan kertas pertuduhan Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan
Negeri Seri Setia, didakwa sebagai penganjur Program Penerangan Negeri
Selangor kerana gagal memaklumkan tempat perhimpunan kepada polis dalam
tempoh 10 hari sebelum tarikh program.
Mahkamah membenarkan Nik Nazmi diikat jamin sebanyak RM1,500 dengan
seorang penjamin dan menetapkan 26 Oktober ini untuk sebutan semula kes.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan