shahbudindotcom
Mengikut
laporan yang memetik kenyataan Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hasan,
parti itu akan mengadakan taklimat khas Sabtu ini bagi menerangkan isu
kerjasama dengan UMNO kepada para pemimpinnya.
Menurut
beliau, taklimat itu akan disampaikan sendiri oleh Presiden Pas, Hadi
Awang tetapi enggan mendedahkan lokasi dan waktu ia akan diadakan.
Katanya
lagi, taklimat itu akan dihadiri pimpinan pusat, negeri dan wakil-wakil
rakyat Pas serta memberi peluang kepada mereka yang keliru atau kurang
jelas mengenai kerjasama dengan UMNO untuk bertanyakan soalan
mengenainya.
Apakah makna berita ini?
Melalui
berita ini pasti sukar untuk menafikan hakikat bahawa Pas, terutamanya
Hadi Awang begitu teringin untuk menjalin hubungan dengan UMNO dan
menyambut huluran tangan kerjasama yang dimulakan oleh Najib Razak.
Jika
tidak ingin bekerjasama, sudah tentu Pas tidak akan mengadakan
taklimatnya Sabtu ini dan memadai dengan mengeluarkan kenyataan media
saja menolak pelawaan untuk menjalinkan hubungan itu.
Maka, dengan sendirinya tutup bukulah isu kerjasama yang digembar-gemburkan itu.
Untuk
menolak pelawaan atau kerjasama, tidak logik pula jika Pas perlu
mengadakan taklimat atau program khas mengenainya. Dengan kenyataan
media saja pun sudah mencukupi.
Tetapi,
dengan mengadakan taklimat kepada semua pimpinannya dan bersedia
menjawab kekeliruan atau salah faham mengenainya, bermakna Hadi Awang
sedang cuba meyakinkan orang lain dalam Pas mengenai hasrat yang
terpendam dalam hatinya.
Sebab itulah taklimat tersebut diadakan dan Hadi Awang sendiri yang akan menyampaikannya.
Bagaimana
agaknya dengan pendirian tiga pimpinan utama Pas iaitu Tuan Ibrahim
Tuan Man, Idris Ahmad dan Iskandar Abd Samad dalam taklimat itu nanti?
Apakah mereka akan terus kekal dengan pendirian menolak kerjasama dengan UMNO itu?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan