HALAMAN SANTAI

Ahad, 31 Januari 2016

Ada pihak cuba jatuhkan Najib'


Sirul Azhar Umar
Sirul Azhar Umar


SHAH ALAM - Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar bersumpah bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat atau ada kaitan dengan tindakan pihak tertentu yang mahu menjatuhkannya.

Sumpah itu dilafazkan Sirul dalam video berdurasi 55 saat yang disiarkan dalam sebuah laman portal berita tempatan.

“Saya mengerti apa kehendak sesetengah pihak ini yang berkepentingan bagi menjatuhkan seseorang. Saya tidak pernah diajar, diasuh untuk menfitnah seseorang.

“Adalah berdosa besar kepada saya jika saya menfitnah seseorang itu. Saya lafazkan di sini, Wallahi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak langsung tidak ada terlibat atau kaitan dalam kes ini,” katanya.

Bagaimanapun, Sirul di dalam video tersebut tidak mengulas secara khusus maksud ‘kes ini’ yang dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan Najib.

Pada 13 Januari tahun lalu, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada Sirul dan seorang lagi bekas anggota UTK, Azilah Hadri atas kesalahan membunuh Altantuya di Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja, Klang, antara jam 10 malam 19 Oktober 2006 dan jam 1 pagi 20 Oktober 2006.

Sirul bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah pada hari keputusan penghakiman diumumkan dan kemudian didapati telahpun berlepas ke Australia, dipercayai pada Oktober tahun lalu.

Kehilangannya menyebabkan Polis Diraja Malaysia mendapatkan kerjasama Polis Antarabangsa (Interpol) bagi menjejaki Sirul.


Tiada ulasan: