SHAH ALAM: Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya mengubah syarat atau
menukar terma dalam mana-mana tender yang sudahpun ditandatangani
bersama kontraktor, sebaik sahaja Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik
(TPPA) berkuatkuasa kelak.
Pengurus Unit Politik Ekonomi dan Tadbir Urus Institusi Demokrasi dan
Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Sri Murniati berkata sebelum ini kerajaan
punya kuasa untuk berbuat demikian dan pihak kontraktor terpaksa akur
pada perubahan yang dibuat.
Namun selepas TPPA berkuatkuasa, kerajaan mahupun kontraktor akan lebih
berhati-hati dalam menjalankan tugas mereka sekaligus menjamin mutu
perkhidmatan masing-masing.
"Sekarang ini kontraktor tidak boleh buat apa-apa, kerajaan boleh ubah peraturan dan apa-apa sahaja tanpa pemberitahuan.
"Nanti kalau ada peraturan (TPPA) macam ini, kerajaan akan lebih
berhati-hati, mereka tidak boleh menukar (syarat perjanjian) sesuka hati
mereka, dan (jika kerajaan tetap berbuat demikian) kontraktor boleh
membuat aduan.
"Jadi baguslah untuk kerajaan supaya mereka lebih berdisiplin dan bagus
juga untuk kontraktor kerana mereka lebih percaya kerajaan," kata Sri
ketika ditemubual secara eksklusif Antarapos, baru-baru ini.
Sri berkata demikian selepas diminta mengulas kebaikan TPPA khusus untuk subjek perolehan tender milik kerajaan Persekutuan.
TPPA juga akan menghapuskan elemen-elemn rasuah antara kontraktor dan
wakil kerajaan, seperti yang lazimnya berlaku sebelum ini, ujar Sri.
"Untuk anti rasuah, TPPA ada bab kursus terutama dalam Bab 26 ada
menyebutkan ketelusan anti rasuah. Di sana disebutkan langkah-langkah
atau apa sahaja negara-negara yang terlibat untuk ketelusan ini.
"Mereka boleh memperbaiki keadaan semasa rasuah dan itu boleh membantu Malaysia (tingkatkan produktiviti)," katanya.
TPPA juga memastikan perolehan kerajaan akan meningkat dan sistem perolehan akan lebih kemas berbanding sekarang ini.
"Perolehan kerajaan sekarang ini okay, tapi boleh ditambahbaik kalau
kita tandangan TPPA. Salah satu, hal yang boleh menambah baik adalah
'refuse system' ialah sistem di mana kontraktor boleh mengadukan apa-apa
masalah selama proses perolehan.
"Kalau ada persekitaran perniagaan yang begitu, kontraktor pun akan
senang, kontraktor boleh buat tender, dia boleh buat bida, jadi kalau
situasinya boleh diramal, kontraktor pun akan senang," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan