"Tindakan (cadangan) itu dilihat akan memberi kesan serius kepada 1,500 nelayan dari segi kemerosotan mata pencarian kerana mereka bergantung hidup dengan hasil tangkapan laut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Pulau Betong hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Negeri, Chow Kon Yeow baru-baru ini dilaporkan berkata, projek itu dilihat sebagai kaedah terbaik untuk mencari modal bagi melaksanakan Pelan Induk Pengangkutan negeri yang menelan kos RM27 bilion.
Dalam pada itu, Dr Hilmi berkata rancangan tambakan laut itu pernah dicadangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) semasa memerintah Pulau Pinang kira-kira 15 tahun lalu, namun ditolak kerana memberi kesan kepada nelayan.
"Pada pendapat saya cadangan untuk projek LRT dan MRT itu tidak akan berjaya kerana penduduk di bahagian pulau memang lebih selesa menggunakan kenderaan mereka sendiri untuk ke mana-mana kerana ia lebih cepat.
"Jadi apa sebenarnya tujuan kerajaan negeri nak bangunkan projek rangkaian infrastruktur dan kemudahan pengangkutan awam yang menelan belanja begitu besar itu," katanya.
Katanya beliau akan mengemukakan bantahan nelayan mengenai penambakan laut itu dalam Mesyuarat Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang esok (Ahad) dan akan membawa perkara itu ke peringkat kerajaan pusat untuk tindakan lanjut. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan