TAWAU: Kira-kira 500 penduduk di Kampung Airport Lama di sini, hilang
tempat tinggal akibat kebakaran yang memusnahkan kira-kira 80 rumah
setinggan, pagi tadi.
Kebakaran disedari kira-kira jam 9.30 pagi dan merebak dengan cepat
berikutan struktur binaan daripada kayu yang mudah terbakar selain cuaca
berangin.
Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau, Penguasa
Kanan Bomba II Ismaidi Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan pada
jam 9.41 pagi.
Beliau berkata, enam jentera bersama tiga kenderaan utiliti dengan
kekuatan tiga pegawai dan 25 anggota bergegas ke lokasi dan tiba pada
jam 9.44 pagi.
Abdul Rahemang Taiming Katanya, api dapat dikawal pada jam 11.10 pagi
tadi dan bomba masih meneruskan operasi memadam kebakaran. "Kita
berdepan masalah memadam kebakaran di kawasan ini kerana tiada sumber
air.
Bomba terpaksa menggunakan pili bomba di masjid dan sekolah berhampiran," katanya.
Difahamkan, kebanyakan penduduk tidak sempat menyelamatkan barangan
masing-masing berikutan api merebak dengan cepat, manakala ada yang
hanya dapat mengambil dokumen penting.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan