Kerajaan melaksanakan penstrukturan semula kerana Melayu kurang bernasib baik, bukan kerana berhak mendapat keistimewaan.
SHAH ALAM: Kebergantungan orang Melayu terhadap hak keistimewaan sekaligus meletakkan diri mereka berbeza dengan kaum lain disifatkan sebagai satu sikap yang amat memalukan.
Bekas menteri, Tan Sri Rafidah Aziz berkata demikian sekaligus menganggap ia satu keadaan yang amat malang buat masyarakat Melayu zaman ini kerana masih mengharapkan serta bermegah dengan status hak istimewa itu.
“Sikap sedemikian akan melembabkan perjalanan Dasar Ekonomi Baharu (DEB) kerana asalnya, dasar tersebut dibuat untuk membantu golongan kita meningkatkan taraf ekonomi serta pendidikan.
”Kerajaan telah melaksanakan penstrukturan semula, kerana kaum Melayu kurang bernasib baik, bukan kerana kita Melayu dan kita berhak mendapat keistimewaan.
Dalam pada itu, bekas Ketua Wanita UMNO itu turut menegur sikap segelintir pemimpin negara ini yang lebih mementingkan jawatan.
Malah tegurannya bukan hanya merujuk kepada golongan pemerintah dalam kerajaan sebaliknya merangkumi semua bidang.
“Sebagai pemimpin, tetapi konsep Melayu kita adalah jawatan. Jawatan tidak mencerminkan kepimpinan,” katanya.
Sementara itu, Rafidah enggan mengulas apa-apa mengenai perkembangan lain dalam negara termasuk isu semasa yang belaku di Kedah iaitu kemelut politik jawatan Menteri Besar.
“Saya tidak mahu komen apa-apa, soal Menteri Besar Kedah saya sudah ulas sebelum ini,” katanya ringkas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan