HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Januari 2016

Timbalan menteri: Baki dari RM2.6 bilion untuk p'raya

MALAYSIAKINI


 


Timbalan Menteri Pengangkutan Abdul Aziz Kaprawi berkata baki daripada sumbangan RM2.6 bilion keluarga diraja Saudi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digunakan dalam pilihan raya umum lalu.

Bercakap dalam sebuah acara keselamatan jalan raya di ibu negara pagi ini, beliau justeru berkata tidak melihat sebarang isu berkaitan langkah itu.

Beliau diminta mengulas berkaitan penggunaan baki AS$61 juta daripada AS$681 yang diterima Najib.

Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali sebelum ini berkata Najib memulangkan AS$620 juta yang tidak diguna pakai.

Apandi bagaimanapun tidak menjelaskan berkaitan baki wang sumbangan politik itu.

Tiada ulasan: