Mahfuz enggan mengulas mengenai video pengakuan oleh Sirul kerana kesahihan rakaman itu tidak jelas.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar enggan mengulas mengenai rakaman video menunjukkan individu dipercayai bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar yang membuat pengakuan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibuu.
“Saya tidak pasti orang yang bercakap di dalam video itu, sama ada Sirul atau tidak, jadi saya tidak mahu komen lanjut kerana kesahihan video sendiri tidak jelas,” katanya ringkas ketika dihubungi FMT.
Pagi ini satu rakaman video disebarkan menunjukkan individu dipercayai Sirul membuat pengakuan bahawa Perdana Menteri, Najib tidak terlibat atau mengarahkan mana-mana individu untuk membunuh model Mongolia Altantuya Shariibuu.
Dalam rakaman berdurasi 55 saat itu, Sirul turut bersumpah bahawa
Perdana Menteri langsung tidak terlibat, malah mangakui adalah menjadi
kesalah buat dirinya melakukan fitnah.
“Adalah berdosa besar kepada saya, jika saya memfitnah seseorang itu.
“Saya lafazkan di sini, wallahi (saya bersumpah) bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak langsung tidak terlibat dan tidak ada kaitan di dalam kes ini (didakwa merujuk kepada kes pembunuhan Altantuya),” katanya.
September tahun lalu,Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, bukti yang dikumpulkan dalam proses perundangan komprehensif langsung tidak menunjukkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memainkan sebarang peranan dalam kes bunuh Altantuya.
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan