MSO
Secara tektikalnya pergolakan politik Umno Kedah sudah hampir
selesai apabila parti itu sudah menamakan MB baharu sebagai mengganti
Mukhriz Mahathir. Usaha Mukhriz dan kuncu-kuncunya untuk mempertahankan
diri nampaknya gagal. Pemerhati hanya menunggu pengumuman rasmi siapa MB
baharu Kedah itu.
Sukar untuk ditentukan siapa MB baharu Kedah kerana ramai yang
berkelayakan. Bagaimana pun pemilihan MB itu pasti dibuat terhadap orang
yang tidak meneruskan kontroversi. Seorang calon yang boleh meredakan
pergolakan itu dan diterima umum dinamakan. Umno Kedah perlu aman dan
diamankan selepas ini sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum.
Mungkin orang itu bukan Ahmad Bashah Md Hanafiah,
atau pun Ahmad Lebai Sudin. Kerana kedua nama ini sejak awal-awal lagi
sudah diapungkan tetapi nilai mereka tidak berapa tinggi. Saham mereka
tidak naik. Boleh jadi Exco paling kanan yang juga berkelulusan luar
negeri yang akan bernasib baik? Ahmad Lebai Sudin boleh dilantik menjadi
Exco.
Jadi apabila nama sudah dipilih, bermakna krisis politik sudah selesai,
di satu pihak. Bagaimana pun dipihak Mukhriz ia masih berterusan dan
dianggap perang politiknya baru bermula. Mungkin selepas ini ada gerakan
tertentu demi membela Mukhriz. Biasalah, kata orang peringkat awal
begitulah. Tetapi apabila selesai nanti semuanya reda. Seperti keriuhan
semasa kenduri, kedengaran segala macam, piring pecah, gelas jatuh atau
pinggan retak atau gayung patah.
Tetapi selepas kenduri apabila semua perkakas disimpan semuanya kembali
kepada asal. Yang pecah diganti yang retak ditampung dan yang patah juga
diganti.
Mukriz boleh bertindak untuk membela dirinya. Beliau boleh memanggil dan
menghimpun para penyokongnya. Namun sejauh mana sangat mereka akan
bersama? Untuk beberapa hari mungkin boleh tetapi bukan untuk berbulan.
Untuk berlama ia memerlukan energi. Mukhriz bukan tokoh besar atau hebat
yang dapat mengarcakan auranya sendiri. Dia hanya anak kepada bekas PM.
Itu sahaja.
Persatuan pelajar Sains Mara (Ansara) tidak cukup ampuh untuk menjadi benteng dan kubu mengangkatnya.
Tindakan paling baik bagi Mukhriz ialah mendiamkan diri dan membina
kekuatannya dalam Umno. Beliau harus meletakkan dirinya sebagai tokoh
penting dalam Umno. Itu pun kalau Umno tidak memecatnya. Dan kalau Umno
memecatnya, maka jalan lain harus dicari jika beliau ingin terus bermain
politik dan survive dalam politik.
Saya tidak berminat untuk memperkatakan tentang Mukhriz lagi, tetapi
akan cuba menyuluh tindakan Najib Razak menyusun semula partinya,
khasnya pelantikan Annuar Musa sebagai Ketua Penerangan Umno yang
baharu. Pelantikan Annuar itu tentu ada signifikan tersendiri. InysAllah
akan disorot malam ini atau esok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan