HALAMAN SANTAI

Sabtu, 30 Januari 2016

1MDB sedia disiasat, tapi tertakluk kepada nasihat pihak berkuasa negara

 
1MDB turut memaklumkan tidak dihubungi pihak berkuasa dari negara luar berhubung siasatan yang dikaitkan dengan syarikat itu.


1mdb


PETALING JAYA: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu bahawa pihaknya tidak dihubungi mana-mana pihak berkuasa dari negara luar berhubung siasatan yang dikaitkan dengan syarikat itu.

1MDB dalam kenyataan medianya di sini, hari ini, berkata syarikat itu bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dari negara luar.

“1MDB bersedia bekerjasama dan disiasat oleh sebarang agensi penguatkuasa, tertakluk kepada nasihat daripada pihak berkuasa negara ini dan mengikut protokol antarabangsa,” katanya.

Semalam, Peguam Negara Switzerland menerusi kenyataan media, mendedahkan sebanyak AS$4 bilion mungkin disalahgunakan daripada dana 1MDB dan dipindahkan ke akaun bank di Switzerland.

Beberapa bekas pegawai kerajaan Malaysia, kedua-dua bekas pegawai dan pegawai semasa dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dikatakan terlibat.

Peguam Negara Switzerland menyeru bantuan usahasama supaya pihaknya dapat mengambil tindakan terhadap dua bekas pegawai 1MDB dan pegawai lain yang terlibat.

Siasatan oleh Peguam Negara Switzerland itu melibatkan rasuah, salah laku di pejabat kerajaan dan pengubahan wang haram.

Tiada ulasan: