HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Januari 2016

Tolak caruman tiga peratus merugikan pekerja

Pekerja
Gambar Hiasan.


SHAH ALAM – Pengurangan tiga peratus caruman Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) diterima baik oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) namun ia perlu diteliti demi kebaikan jangka masa panjang.

Presidennya, Datuk Presiden Azih Muda berkata, usaha kerajaan 'menambah' pendapatan rakyat khususnya pekerja melalui cara tersebut akan menyebabkan pekerja kehilangan simpanan sebanyak tiga peratus itu selama-lamanya.

“Ia boleh disifatkan sebagai satu kerugian yang tak dapat ditebus ganti dan bukanlah satu pengumuman yang benar-benar menggembirakan, sebaliknya membuat kita jadi berfikir panjang.

“Cuepacs berharap agar kerajaan melaksanakan keputusan berkenaan untuk tempoh 2016 sahaja dan kembalikan semula jumlah potongan asal caruman pekerja iaitu sebanyak 11 peratus pada 2017 nanti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Di sebalik rasa akur dengan pemberian kerajaan itu, Azih menyeru pekerja-pekerja agar mengisi borang berkaitan bagi memastikan agar kerajaan mengembalikan semula jumlah potongan asal seperti yang diharapkan.

“Cuepacs amat memahami situasi kehidupan yang semakin menekan kini, apatah lagi pelbagai kenaikan memerlukan pertambahan jumlah perbelanjaan.

“Namun begitu, kita masih perlu menyimpan untuk kepentingan masa depan, apa akan jadi jika kos sara hidup akan terus meningkat tetapi skala simpanan kita pula semakin mengecil,” ujar beliau

Tiada ulasan: