SHAH ALAM: Kerajaan perlu memanfaatkan medium media sosial untuk
menyebarkan dan memberi pemahaman kepada rakyat mengenai Perjanjian
Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Menurut penganalisis politik Prof Madya Dr Mohd Md Yusof, langkah ini
sangat mudah dan popular dalam kalangan pengguna media sosial
Namun kerajaan perlu berhati-hati menggunakan kaedah ini kerana bimbang ia diputar-belit pihak tidak bertanggungjawab.
"Jika kerajaan ingin memberi kenyataan rasmi di media sosial perlu juga
ada di media viral. Jika perkara itu di viralkan atau diputar belitkan
sudah menjadi adat viral yang berlaku di media sosial pada masa kini.
"Viral ini boleh dibuat dalam bentuk yang benar dan seolah-olah perkara
itu berlaku dan ini adalah kemahiran dan kepintaran 'keyboard warrior'
dan media sosial ini adalah platform yang mereka boleh sebarkan termasuk
pembangkang-pembangkang yang tidak bersetuju dengan kerajaan," katanya
kepada Antarapos.
TPPA diluluskan oleh Dewan Rakyat pada Rabu dan Dewan Negara sehari
selepas itu untuk Malaysia menganggotai pakatan perdagangan terbesar
dunia itu setelah melalui proses rundingan selama lima tahun.
TPPA melibatkan 12 negara di rantau Asia Pasifik iaitu Australia,
Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru,
Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.
Ujar Mohd lagi, sekiranya ada pihak yang menyalahguna dan menyebar
kenyataan yang tidak sahih, kerajaan hendaklah bertindak segera bagi
mengelakkan persepsi negatif.
"Jadi strateginya bagi saya kerajaan perlu berhati-hati terhadap viral
dan jika sekiranya sesuatu yang dahsyat dan tidak betul, kenyataan
akhbar perlu dibuat secepat yang mungkin
"Jika kerajaan jawab ia dalam bentuk yang rasmi maksudnya mereka jawab
dalam konteks rasmi melalui kenyataan akhbar di media sosial atau media
viral dan keluarkan kenyataan yang betul.
"Tapi jika senyap mungkin ada strategi tertentu kerana kita tidak boleh
terperangkap dalam keadaan yang mana konon kita yang bersalah atau
tidak bersalah kerana apa yang diberitahu nanti akan dicari alasan untuk
dinegatifkan di dalam konteks yang lebih luas," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan