HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Januari 2016

Baki RM2.6 bilion diguna semasa pilihan raya - Timbalan Menteri

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi mendedahkan hari ini sebahagian daripada RM2.6 bilion derma yang tidak digunakan, dibelanjakan semasa pilihan raya.
 
Aziz tidak menyatakan secara spesifik wang itu digunakan untuk pilihan raya yang mana, akan tetapi dipercayai merujuk kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 2013.
 
“Lebih daripada wang itu, maksud saya, dibelanjakan semasa pilihan raya… jadi apa sahaja bakinya, itulah dia. Kemudian mereka pulangkan.
 
“Saya tidak melihatnya sebagai satu isu,” katanya yang dipetik Malaysiakini.
 
Aziz mengulas baki AS$61 juta daripada AS$620 juta Datuk Seri Najib Razak yang dipulangkan semula kepada penderma Arab Saudi.
 
Selasa lalu, sambil mengatakan perdana menteri tidak bersalah, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengatakan Najib sudah memulangkan AS$620 juta kepada keluarga diraja Arab Saudi. 
 
Bagaimanapun, Apandi tidak menjelaskan apa terjadi kepada baki AS$61 juta daripada derma politik AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang ditemui dalam akaun peribadi Najib.
 
 

Tiada ulasan: