NORAIZURA AHMAD
Seorang peragut menerima
padah apabila bukan sahaja gagal meragut beg tangan seorang wanita malah
berjaya ditangkap dan dipukul oleh orang ramai di pasar Pekan Semenyih,
pagi tadi. - Foto Ihsan PDRM
KAJANG, Seorang peragut menerima padah apabila
bukan sahaja gagal meragut beg tangan seorang wanita malah berjaya
ditangkap dan dipukul oleh orang ramai di pasar Pekan Semenyih, pagi
tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa yang berusia 64 tahun ke pasar berkenaan bersama suami dan anak lelakinya.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten
Komisioner Willey Richard berkata, mangsa dihampiri dua lelaki menaiki
motosikal yang memakai topi keledar dan meragut beg tangan mangsa.
Menurutnya, anak lelaki mangsa yang
menyedari kejadian mengejar dengan bantuan orang ramai namun hanya
seorang sahaja yang berjaya ditahan.
“Suspek yang menunggang motosikal berjaya ditahan namun pembonceng berjaya melarikan diri.
“Suspek masih menerima rawatan di Hospital Kajang kerana dipukul orang awam,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Willey
berkata, suspek yang berusia 38 tahun akan ditahan reman untuk siasatan
sementara polis masih mengiatkan usaha menjejak rakan suspek.
Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana meragut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan