HALAMAN SANTAI

Sabtu, 30 Januari 2016

Nurul: Larang Zuraida ke S'wak satu 'tindakan pengecut'

Geraldine Tong


 


Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyifatkan larangan sekali lagi terhadap Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin untuk masuk ke Sarawak, sebagai satu 'tindakan pengecut;.

Beliau berkata, ketua menteri Sarawak pernah menjanjikan perubahan ketika mengambil alih tampuk pentadbiran namun apa yang dilihat kini beliau meneruskan dasar tidak demokratik.

"Ianya menunjukkan tindakan yang pengecut, amat malang kerana kita menuju ke pilihan raya negeri, sepatutnya beliau membenarkan kita turun padang.

"Ramai rakyat Sarawak mungkin tidak mempunyai akses maklumat yang dibawa setengah pemimpin PKR," katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, dengan segala larangan menyekat pemimpin PKR ke Sarawak ia tidak akan sesekali melemahkan semangat mereka untuk terus memperjuangkan hak sebagai parti politik yang sah untuk bertemu dengan rakyat Sarawak.

"Apa pun ianya tidak akan menghalang kita untuk meneruskan usaha memperbaiki kehidupan rakyat Sarawak," katanya.

Tiada ulasan: