Sebanyak 15 NGO hari ini menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Majlis Raja-raja Melayu bagi memohon campur tangan dalam isu wang derma RM2.6 bilion.
Menurut jurucakap Otai Reformis, Ronnie Liu Tian Khiew campur tangan tersebut penting supaya baginda mengarahkan kabinet menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat kes itu.
"Patik
memohon Tuanku mengarahkan penubuhan penyiasatan diraja untuk membuat
siasatan teperinci dan seterusnya membuat laporan lengkap secara umum
menjelaskan kepada rakyat hubungkait isu sumbangan RM2.6 bilion yang
didakwa dimasukkan ke dalam akuan peribadi PM.
"Patik juga memohon ke bawah duli tuanku dan Majlis
Raja-raja untuk campur tangan dalam menyelesaikan kemelut ini," kata
Ronnie kepada pemberita di hadapan pintu masuk Istana Negara hari ini.
Selasa lalu, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengumumkan tiada
kesalahan jenayah dilakukan Datuk Seri Najib Razak berhubung wang
sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya serta
siasatan berkaitan SRC International.
Susulan itu Panel Penilaian Operasi (PPO) dan panel khas
SPRM mahu Apandi memberi penjelasan mengapa beliau tidak memberi tekanan
untuk mendakwa Najib.
Mengulas lanjut, Ronnie berkata meskipun AG telah menyatakan perdana menteri tidak bersalah dan wang tersebut telah dipulangkan namun ia masih menjadi tanda tanya kepada rakyat.
Mengulas lanjut, Ronnie berkata meskipun AG telah menyatakan perdana menteri tidak bersalah dan wang tersebut telah dipulangkan namun ia masih menjadi tanda tanya kepada rakyat.
"Rakyat begitu gelisah dengan berita penggunaan wang
simpanan Tabung Haji dengan jumlah yang begitu besar untuk membeli
aset-aset milik 1MDB dan keadaan ini mewujudkan rasa tidak tenteram di
kalangan masyarakat," kata Ronnie.
Justeru, Ronnie menegaskan dengan penubuhan suruhanjaya
ini akan dapat menebus maruah negara sekali gus mengembalikan
kepercayaan rakyat.
"Penubuhan suruhanjaya penyiasatan diraja ini akan dapat
menebus maruah negara serta mengembalikan kepercayaan pelabur asing
terhadap ketelusan urus tadbir akerajaan Malaysia dari dicemari gejala
rasuah dan penyalahgunaan kuasa," tegasnya.
Memorandum itu diserahkan kepada pegawai perhubungan Istana Negara untuk dipersembahkan kepada Tuanku Sultan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan