HALAMAN SANTAI

Sabtu, 30 Januari 2016

Krisis MB: UMNO yakin pertahan kubu di Kedah

Idris yakin Najib akan menyelesaikan krisis Menteri Besar Kedah dengan sebaiknya.


Idris-Jusoh


ALOR SETAR: Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh yakin krisis politik di Kedah yang telah menjangkau tempoh seminggu akan diselesaikan segera.

Idris yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO mendedahkan hasil pertemuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang berusaha menyelesaikan krisis itu.

“Saya lihat Perdana Menteri (Najib) sendiri sedang melaksana dan menyelesaikan dengan sebaik-baiknya.

“Saya percaya Perdana Menteri (Najib) akan buat keputusan terbaik,” katanya di Jelajah Kementerian Pendidikan Tinggi, Soaring Upwards.

Dalam pada itu, UMNO juga yakin akan terus mengekalkan penguasaannya di Kedah.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas persoalan jika PAS berpeluang merampas kembali Kedah daripada Barisan Nasional (BN)/ UMNO.

“Peluang apa?,” soalnya semula kepada pemberita.

Presiden Umno, Najib Razak masih belum mengumumkan nama baharu bagi jawatan menteri besar walaupun sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, dipercayai bagi membincangkan mengenai nama menteri besar baharu.

Selain itu, dalam satu kajian yang dilakukan Jabatan Penerangan Kedah minggu lalu, ramai rakyat didapati bersimpati dan memberi sokongan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kerana berpendapat usaha menjatuhkannya sebagai satu tindakan yang tidak wajar.

Tiada ulasan: