KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali, hari ini
menggesa PAS dan DAP memberi laluan kepada Parti Amanah Negara (PAN)
dalam isu penggagihan pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan
(PBT).
Azmin berkata hal itu sudah dimaklumkan dalam majlis mesyuarat exco
kerajaan negeri baru-baru ini yang turut dihadiri wakil PKR, DAP, dan
PAS.
"Saya telah menjelaskan hal ini dalam mesyuarat exco supaya PKR, DAP
dan PAS untuk memperuntukkan jawatan ahli majlis kepada PAN," katanya di
sidang media di Ulu Klang.
Ujar beliau, PKR telah pun melakukan pengorbanan apabila menyerahkan sebilangan kerusi PBT miliknya kepada rakan politiknya.
Kerajaan Selangor sekali lagi dilanda kemelut ekoran kegagalan memuktadkan perlantikan ahli majlis PBT untuk 2016.
Ini berikutan desakan kepada Azmin untuk memberikan sebilangan jawatan itu kepada PAN.
PAN dan DAP adalah rakan komponen PKR di dalam Pakatan Harapan namun adalah musuh politik PAS.
Walaupun Pakatan Rakyat sudah dibubarkan, PAS masih menjadi sebahagian
daripada kerajaan Selangor bersama DAP dan PKR pimpinan Azmin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan