Husam Musa
PETALING JAYA - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menegaskan kehadiran beliau ke majlis makan malam anjuran Parti Amanah Negara(Amanah) malam tadi tidak langgar peraturan parti.
Husam berkata, beliau yakin bahawa Pas itu tidak akan memecatnya berikutan daripada tindakan tersebut.
Husam berkata, beliau hanya mencontohi jejak langkah Presiden Parti, Datuk Seri Hadi Awang yang sebelum ini turut bersama dalam majlis anjuran Umno.
“Saya yakin parti saya parti yang baik. Parti saya tidak akan pecat saya sebab hadir untuk nasihat Amanah.
“ Kalau presiden Pas boleh menasihatkan pemimpin Umno, apa salahnya beliau hadir ke majlis anjuran Amanah bagi menasihati rakan yang dulunya ahli Pas.
“Selain itu, saya juga datang sini untuk memperkukuhkan parti dan saya kira ini adalah visi dan misi yang tak pernah padam daripada Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz iaitu bagi memastikan Malaysia melakukan perubahan politik,” katanya ketika hadir di Majlis Makan Malam Amanah Kelantan yang diadakan di Dewan Sivik MBPJ, malam tadi.
Dalam pada itu,antara pemimpin Pakatan Harapan yang mengikuti majlis makan malam berkenaan ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ,Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan