KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR : Operasi bauksit di Kuantan yang semakin parah dan melanggar hak kemanusiaan serta alam berpunca angkara ‘tuan’ yang tamak haloba mengaut keuntungan tetapi sampai sekarang masih takut mengaku bertanggungjawab.“Rakyat bukan sahaja menanggung risiko kesihatan sekarang tetapi pada masa hadapan.
“Rakyat bukan lagi tuan yang sepatutnya ditunaikan hak dan amanah ke atasnya tetapi menjadi hamba kepada tuan yang tamak haloba dan seolah-olah lupa Tuhan.
“Lebih banyak bauksit di lombong, lebih banyak wang yang masuk dalam kantung hinggakan kelabu mata walau menjahanamkan seluruh sistem ekologi atau ekosistem dan nyawa manusia. Insiden laut dan sungai bertukar merah adalah buktinya,” kata Syed Ibrahim dalam kenyataan.
Tegas beliau, tiada pihak terlibat yang mengaku bertanggungjawab menyebabkan bahaya bauksit semakin teruk tetapi hakikatnya banyak pihak yang boleh dipersalah dan dipertanggungjawabkan dalam isu ini.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)? Atau salah kerabat diraja Pahang? Atau sebenarnya salah MB dan Kerajaan Negeri Pahang? Atau salah Kerajaan Persekutuan?
“Ada yang berani berkata ini salah semua! Yang merancang, yang memudahcara, yang melaksana, yang merestui, yang berdiam diri dan yang bersubahat,” sindir Syed Ibrahim.
Kata beliau, sebagai langkah paling bertanggungjawab, wajib ada pihak membuat pengakuan mengambil tanggungjawab malah berani meletakkan jawatan.
Sambungnya, apa lebih penting adalah mencari penyelesaian terbaik sebelum Malaysia termasuk dalam ranking dunia sebagai antara tragedi terburuk dunia.
“Perlombongan bauksit ini perlu dihentikan segera selagi mana tiada usaha terancang dilakukan dengan mengambil kira kepentingan kemanusiaan dan alam sebagai kepentingan paling utama,” tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan