HALAMAN SANTAI

Khamis, 7 Januari 2016

Luahan Zaid kes rebut anak undang masalah

MALAYSIAKINI


 


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim percaya dirinya mungkin tertakluk kepada siasatan hasutan berhubung artikelnya mengenai kes perebutan anak berhubung pertukaran agama.

“Sekarang saya dapat panggilan ke bahagian Jenayah IPD Putrajaya berhubung artikel saya. “Hati saya bersama awak, Indira". Dan peguam saya masih bercuti.

"Kemungkinan Hasutan saya rasa," tulisnya.

Zaid yang juga seorang peguam meluahkan kekecewaannya berhubung keputusan Mahkamah Rayuan menyelesaikan pertikaian perebutan anak yang melibatkan K Pathmanaban @ Mohd Redwan Abdullah dan bekas isterinya M Indira Gandhi.

"Kes M Indira Gandhi tidak pernah gagal membuat saya berasa marah dan sangat sedih.

"Adalah menyayat hati untuk mengetahui bahawa seorang ibu dinafikan hak penjagaan anaknya semata-mata kerana bekas suaminya menukar agama anak perempuan mereka yang berusia dua tahun kepada agama Islam," katanya.

Tiada ulasan: