HALAMAN SANTAI

Khamis, 7 Januari 2016

Muhyiddin kembali ke tanah air tetapi ‘kunci mulut’

MALAYSIAKINI


 


Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang daripada percutian dua minggu di Dubai tetapi enggan mengulas mengenai perkembangan semasa politik tanah air mahupun mengenai pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya tidak akan buat apa-apa kenyataan politik. Saya hanya katakan saya gembira pulang," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Muhyiddin diajukan soalan sama ada ahli yang menentang Najib sudah kehilangan platform membidasnya selepas perhimpunan agung Umno bulan lalu seolah-olah menunjukkan bahawa presiden parti itu mendapat sokongan penuh.

"Tiada komen. Selamat Tahun Baru," katanya.

Muhyiddin dinafikan peluangnya untuk berucap kepada perwakilan semasa perhimpunan agung Umno selama empat hari yang berakhir pada 12 Disember lalu.

Beliau mengekalkan profil rendah sejak itu sebelum berlepas ke Dubai dengan isterinya Puan Sri Noraini Abdul Rahman.

Apabila diajukan soalan bahawa Najib tidak pulang mengunjungi negeri kelahirannya, Pahang yang sedang dilanda pencemaran perlombongan bauksit, bekas timbalan perdana menteri tetap mengunci mulutnya.
"Saya pergi berehat dua minggu," katanya.

Muhyiddin dan Noraini kelihatan gembira sekembali mereka semasa ketibaan yang disambut oleh kira-kira 50 penyokong di balai ketibaan.

Muhyiddin disingkirkan sebagai Timbalan Perdana Menteri semasa rombakan kabinet pada 28 Julai lalu.


Tiada ulasan: