KUALA LUMPUR: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Sistem
Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) akan digabungkan.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata gabungan
kedua-duanya nanti akan dikenali sebagai AWAS iaitu Sistem Keselamatan
Kesedaran Automatik.
"Sistem baharu ini bertujuan mengurangkan kemalangan. Selain itu, ia
juga bagi memerangi gejala rasuah kerana pembabitan manusia yang minimum
dalam mengeluarkan saman trafik," katanya dalam program Soal Jawab di
TV3, malam ini.
Sebelum ini, Tiong Lai pernah berkata bahawa kementeriannya terpaksa
menangani beberapa isu membabitkan undang-undang dan prosedur sebelum
dapat menyerahkan cadangan itu kepada Kabinet.
Katanya, beberapa pihak berkepentingan termasuk jabatan dari kementeriannya sedang menyediakan kajian akhir cadangan itu.
AES pada mulanya dikuatkuasakan pada 2012 tetapi ia kemudian mendapat bantahan meluas daripada orang ramai.
Sistem itu kemudian diambilalih oleh kerajaan selepas Dewan Rakyat meluluskannya pada Disember 2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan