HALAMAN SANTAI

Khamis, 25 Februari 2016

Pemimpin UMNO desak lucut kerakyatan individu hina Zahid

 
Semua 191 UMNO bahagian diminta tampil membuat laporan polis sebagai bantahan tindakan terkutuk individu terbabit.
 
 
 
pemuda-umno


KUALA LUMPUR: Seramai 25 Naib Ketua Bahagian UMNO membuat laporan polis terhadap individu yang menghina Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan cara mengedit gambar yang menyerupai anjing.

Pengerusi Kelab Naib Ketua UMNO Bahagian 1Malaysia, Datuk Anuar Mohd Yunus yang juga jurucakap kumpulan berkenaan berkata, mereka membuat laporan polis kerana perbuatan individu tersebut kurang ajar dan menimbulkan kemarahan rakyat.

“Pada pendapat kami ia perbuatan kurang ajar yang menyebabkan kemarahan orang Melayu, rakyat Malaysia, orang Islam sebab anjing ini perkara sensitif.

“Kita desak agar pihak berkuasa, kerajaan menyemak status kerakyatan pengguna tersebut sama ada masih berada dalam negara atau luar negara. kami pohon pihak berkuasa mengambil tindakan tegas seperti melucutkan kerakyatan dan sebagainya. Ini satu penghinaan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini, hari ini.

Beliau pada masa sama menyeru, seluruh 191 UMNO bahagian tampil membuat laporan polis di kawasan masing-masing sebagai bantahan tindakan terkutuk individu itu.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: