"Bangunan baharu bernilai RM342 juta setinggi 31 tingkat ini yang meliputi kawasan seluas tiga hektar (7.43 ekar) akan memberi gambaran yang sangat positif kepada CEO syarikat multinasional yang berbilion ringgit semasa mereka melawat ke sini," katanya.
Najib berkata MITI bertanggungjawab meneruskan perkembangan dari segi ekonomi makro dan menjamin kemasukan pelaburan ke dalam negara di samping memastikan peningkatan eksport Malaysia berterusan, terutamanya dari pihak swasta.
"MITI juga bertanggungjawab memastikan perusahaan kecil dan sederhana terus berkembang serta menjadikan Malaysia sebagai hab perdagangan antarabangsa," kata beliau dalam ucapan sempena majlis perasmian Menara MITI di Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, di sini pada Rabu.
Najib turut berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed serta kakitangannya kerana telah berjaya meletakkan suara Malaysia di dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
"Kita telah berjaya mencapai persetujuan perjanjian tersebut mengikut terma kita," kata beliau.
Pada 4 Februari lepas, 12 negara termasuk Malaysia telah menandatangani TPPA di Auckland, New Zealand.
Pakatan perdagangan tersebut dijangka dapat meluaskan pasaran, mengurangkan tarif dan mempromosi perdagangan yang lebih bebas.
Turut hadir pada majlis hari ini termasuk wakil-wakil sembilan agensi di bawah kementerian tersebut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan