Penahanan wanita itu
dipercayai dapat menyelesaikan 16 kes penipuan melibatkan suspek
terbabit menjual lampin bayi murah di laman sosial Facebook.
JOHOR BARU, Seorang wanita dipercayai terlibat dalam penipuan penjualan lampin bayi murah ditahan polis di sebuah rumah di Kampung Jawa, Kota Tinggi, semalam.
Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad
Najmuddin Mohd berkata, suspek berusia 26 tahun itu ditahan susulan
laporan orang awam yang menjadi mangsa penipuannya pada 16 Januari
lepas.
Beliau berkata, penahanan itu dipercayai
dapat menyelesaikan 16 kes penipuan melibatkan suspek terbabit menjual
lampin bayi murah di laman sosial Facebook.
“Modus operandi suspek ialah mengiklankan
barangan bayi, seperti lampin bayi pada harga murah menerusi akaun
Facebook ‘Dhia Alesya Sofea’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, pengguna maya yang berminat
membeli, akan memasukkan sejumlah wang ke nombor akaun yang diberikan,
sebelum suspek memberi pelbagai alasan dan gagal dihubungi.
Wan
Ahmad Najmuddin berkata, berikutan aduan yang dilakukan, polis telah
membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, bagi
mengesan dan menangkap suspek.
Beliau meminta orang awam yang pernah
menjadi mangsa dan belum membuat laporan polis, supaya tampil ke balai
polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Wan Ahmad Najmuddin menambah, pihaknya
akan memohon reman ke atas suspek hari ini dan orang ramai dinasihatkan
lebih berhati-hati serta membuat semakan, sebelum berurusan dalam talian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan