Astro Awan
Seramai
44 orang pelajar asrama dan seorang guru di Sekolah Menengah Sains
Tapah mengalami keracunan makanan selepas makan di dewan asrama sekolah,
Sabtu malam. - Gambar Bernama
TAPAH: Seramai 43 pelajar
asrama Sekolah Menengah Sains Tapah dan seorang guru mengalami keracunan
makanan selepas menikmati juadah lewat malam yang disediakan oleh dapur
asrama sekolah itu pada Sabtu.
Ekoran itu 32 pelajar telah dimasukkan ke Hospital Tapah dan seorang telah dimasukkan ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan.
Manakala, 11 lagi pelajar termasuk seorang guru dibenarkan berehat di bilik rehat (sick bay) asrama sekolah itu sejak Ahad.
Menurut Exco Kesihatan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, kesemua mangsa berusia 13 hingga 50 tahun itu dipercayai mengalami keracunan selepas menikmati hidangan kari ayam bersama roti jala yang disediakan oleh dapur asrama pada malam Sabtu.
Katanya, daripada 111 pelajar yang menikmati juadah itu, hanya 43 pelajar dan seorang guru terlibat telah mengalami simptom cirit birit, muntah serta pening, keesokan harinya iaitu pada Ahad.
Tambah beliau, setakat ini dapur asrama berkenaan telah diarahkan tutup selama dua minggu dan pihaknya telah mengambil 40 sampel yang terdiri daripada sampel klinikal, hand swab, peralatan dan makanan untuk diuji.
Dr Mah turut memberitahu kesemua mangsa ketika ini dalam keadaan stabil dan pemantauan kesihatan akan diadakan secara berkerap.
Beliau ditemui selepas mengadakan lawatan ke Hospital Tapah dan dapur asrama sekolah berkenaan pada Isnin.
Ekoran itu 32 pelajar telah dimasukkan ke Hospital Tapah dan seorang telah dimasukkan ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan.
Manakala, 11 lagi pelajar termasuk seorang guru dibenarkan berehat di bilik rehat (sick bay) asrama sekolah itu sejak Ahad.
Menurut Exco Kesihatan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, kesemua mangsa berusia 13 hingga 50 tahun itu dipercayai mengalami keracunan selepas menikmati hidangan kari ayam bersama roti jala yang disediakan oleh dapur asrama pada malam Sabtu.
Dr Mah ketika melawat pelajar di Hospital Tapah, Perak. - Gambar Bernama
Katanya, daripada 111 pelajar yang menikmati juadah itu, hanya 43 pelajar dan seorang guru terlibat telah mengalami simptom cirit birit, muntah serta pening, keesokan harinya iaitu pada Ahad.
Tambah beliau, setakat ini dapur asrama berkenaan telah diarahkan tutup selama dua minggu dan pihaknya telah mengambil 40 sampel yang terdiri daripada sampel klinikal, hand swab, peralatan dan makanan untuk diuji.
Beliau ditemui selepas mengadakan lawatan ke Hospital Tapah dan dapur asrama sekolah berkenaan pada Isnin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan