Mariah Ahmad, Astro Awani
NAJIB:
Agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Majlis Amanah
Rakyat (MARA) akan terus wujud jika UMNO terus berkuasa dalam negara
ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Agensi di
bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Majlis Amanah Rakyat
(MARA) akan terus wujud jika UMNO terus berkuasa dalam negara ini, kata
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Tanpa UMNO, MARA akan terkubur. Kalau MARA terkubur, Melayu dan bumiputera mungkin akan tersungkur. Sebab itulah walau bagaimanapun keadaan, kita mesti menjaga UMNO.
"Jangan duduk sebaris dengan orang yang hendak mengkhianati UMNO. Jangan bersekongkol dengan mereka.
"Kita kena mempertahankan UMNO, kerana mempertahankan UMNO adalah mempertahankan Melayu dan bumiputera," kata Najib dalam ucapan perasmian pada Majlis Sambutan Perdana 50 Tahun MARA di Dewan Utama, MENARA MARA di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Dalam ucapannya, Najib turut mengumumkan lima inisiatif kerajaan dalam memperkasakan hala tuju MARA, termasuk penstrukturan semula anak syarikat di bawah Mara Corporation Berhad dengan nilai semasa syarikat berkenaan sebanyak RM1.4 bilion.
Beliau juga mengumumkan penukaran nama Yayasan Pelajaran MARA kepada Yayasan MARA dengan dana terkumpul setakat ini RM800 juta dan penukaran Jalan Semarang kepada Jalan Mara.
Najib turut mengumumkan penubuhan Rural Capital Berhad bagi terus
membentuk komuniti usahawan yang maju dan berdaya saing, disamping
memberi perkhidmatan bantuan pinjaman.
Sebuah universiti yang dinamakan sebagai UniMARA juga akan ditubuhkan, bagi membantu pembangunan modal insan menerusi MARA, kata Najib.
"Tanpa UMNO, MARA akan terkubur. Kalau MARA terkubur, Melayu dan bumiputera mungkin akan tersungkur. Sebab itulah walau bagaimanapun keadaan, kita mesti menjaga UMNO.
"Jangan duduk sebaris dengan orang yang hendak mengkhianati UMNO. Jangan bersekongkol dengan mereka.
"Kita kena mempertahankan UMNO, kerana mempertahankan UMNO adalah mempertahankan Melayu dan bumiputera," kata Najib dalam ucapan perasmian pada Majlis Sambutan Perdana 50 Tahun MARA di Dewan Utama, MENARA MARA di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Dalam ucapannya, Najib turut mengumumkan lima inisiatif kerajaan dalam memperkasakan hala tuju MARA, termasuk penstrukturan semula anak syarikat di bawah Mara Corporation Berhad dengan nilai semasa syarikat berkenaan sebanyak RM1.4 bilion.
Beliau juga mengumumkan penukaran nama Yayasan Pelajaran MARA kepada Yayasan MARA dengan dana terkumpul setakat ini RM800 juta dan penukaran Jalan Semarang kepada Jalan Mara.
Sebuah universiti yang dinamakan sebagai UniMARA juga akan ditubuhkan, bagi membantu pembangunan modal insan menerusi MARA, kata Najib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan