Pemimpin supremo DAP, Lim Kit Siang menawarkan diri untuk mengambil alih pasukan propaganda Datuk Seri Najib Razak untuk membantu menamatkan apa yang didakwa oleh perdana menteri sebagai penipuan bahawa RM2.6 bilion yang berada di akaunnya adalah daripada 1MDB.
Ini sebagai tindakbalas terhadap pemimpin-pemimpin BN yang bertegas bahawa Tun Dr Mahathir Mahathir seharusnya memohon maaf daripada Najib selepas Menteri Luar Arab Saudi Adel Al-Jubeir berkata wang berkenaan adalah sumbangan.
"Ia mengesahkan bahawa Najib mempunyai pasukan yang paling malap dari segi strategi, serta kekurangan kepelbagaian kecerdasan tetapi terus mengharapkan menteri, pemimpin dan ahli parlimen Umno/BN mengikuti skrip yang tidak boleh dipakai dan sepatutnya dibuang ke dalam tong sampah.
"Najib mungkin mempunyai kalangan profesional dengan bayaran tertinggi di dunia dalam pasukan propaganda dan perang psikologi beliau tetapi apa yang mereka boleh menghasilkan apabila diketuai oleh pegawai komunikasi media strategik yang hanya kuat bersuara tatapi mempunyai IQ yang rendah,” kata Lim dalam satu kenyataan.
Pemimpin DAP itu berkata beliau bersedia untuk membantu Najib memukul ‘paku terakhir’ dalam "pembohongan" itu jika perdana menteri dapat membuktikan kepadanya bahawa wang RM2.6 bilion itu sesungguhnya bukan dari 1MDB.
Ini memerlukan perdana menteri menghapuskan naratif pertikaian antara 1MDB dengan International Petroleum Investment Company (IPIC), milik Abu Dhabi itu.
Dalam pertikaian berkenaan, 1MDB, tidak menyalurkan dana AS$3.5 bilion seperti sepatutnya kepada anak syarikat IPIC, iaiatu Aabar Investment PJS tetapi sebaliknya kepada sebuah syarikat palsu yang mempunyai nama yang hampir sama di Kepulauan Virgin British tetapi tidak berkaitan dengan firma Abu Dhabi itu.
Menurut WSJ, sebahagian daripada wang berkenaan kemudiannya dipindahkan ke syarikat palsu itu dan berakhir di Tanore Finance Corp yang juga berpangkalan di Kepulauan British Virgin, entiti sama yang memindahkan AS$681 juta ke dalam akaun bank peribadi Najib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan