ANTARAPOS.COM
AMPANG: Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali memberi jaminan bahawa
pengguna air di Selangor dan Lembah Klang tidak akan berhadapan masalah
kekurangan bekalan air ketika paras air di empangan semakin menunjukkan
penurunan setiap hari.
Anggota Parlimen Gombak itu berkata ini kerana kerajaan negeri sentiasa
memantau rapi setiap pengeluaran air di empangan dan sungai Selangor
selain langkah proaktif yang lain.
"Semasa mesyuarat MTES sebelum ini isu air adalah salah satu daripada
perkara yang kita dibincangkan dan kami memantau dengan rapi semua
pengeluaran air di empangan dan sungai di selangor," katanya yang
dipetik laporan Malaysiakini.
Beliau berkata pihaknya telah mengambil beberapa langkah proaktif serta
pembenihan awan yang telah jalankan bagi beberapa bulan lepas.
"Jika ada keperluan untuk menambah bilangan penerbangan untuk
pembenihan awan, kami akan berbuat demikian," kata ADUN Bukit
Antarabangsa itu kepada pemberita.
Azmin berkata demikian selepas majlis anugerah perkhidmatan cemerlang
2015 Majlis Perbandaran Ampang Jaya, di Ampang malam tadi.
Anggota Parlimen Klang, Charles Santiago sebelum ini dilapor sebagai
berkata pengguna air di Selangor dan Lembah Klang bakal berhadapan
masalah kekurangan bekalan air.
Charles berkata, Empangan Sungai Selangor menunjukkan penurunan 0.62
peratus manakala Empangan Semenyih 0.47 peratus dan penurunan itu
berlaku setiap hari.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri khususnya Azmin perlu bertindak cepat sebelum Lembah Klang berhadapan krisis air.
Empangan Sungai Selangor membekalkan lebih 60 peratus bekalan air mentah kepada penduduk di Selangor dan Lembah Klang.
Sementara itu, dalam perkembangan lain timbalan presiden PKR itu
berkata masalah harian rakyat di Selangor seperti jalan berlubang kini
boleh diselesaikan secara pintar dengan menggunakan aplikasi Waze.
"Beberapa hari lalu saya telah berbincang dengan pihak Waze yang telah
bersetuju untuk memberikan khidmat mereka kepada kerajaan Selangor.
"Di dalam masa terdekat ini pengguna jalan raya yang terjumpa lubang
boleh kongsikan dalam aplikasi waze dan akan dikesan dalam dashboard PBT
dan dalam masa tertentu atau tidak kurang dalam 72 jam PBT dapat
mengesan dengan tepat menggunakan koordinat masalah rakyat ini dapat
diselesaikan dengan pantas," tambah Azmin.
Penggunaan aplikasi Waze ini meliputi enam pihak berkuasa tempatan (PBT) utama termasuk MPAJ, MBPJ, MPKJ, MPK, MBSA dan MPSJ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan