Oleh Azizul Osman
SHAH ALAM: Bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong yakin parti itu kini
'berpecah dua' sejak kewujudan Deklarasi Rakyat yang dicetuskan mantan
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jelas Lum Yong, situasi itu ketara apabila wujud dua suara dalam parti
berkenaan yang membawa dua agenda berbeza, iaitu menjatuhkan Datuk Seri
Najib Razak selaku perdana menteri dan memperjuangkan pembebasan Datuk
Seri Anwar Ibrahim.
Malah menurut beliau, Mahathir berjaya memecahkan PKR dengan 'menukar'
agenda hakiki parti itu yang dulunya berjuang demi kepentingan Anwar,
kepada agenda peribandinya untuk menjatuhkan Najib.
"Saya ingat PKR ini tentang Deklarasi Rakyat dilancarkan oleh Tun
Mahathir yang bekerjasama dengan parti pembangkang dan sekarang kita
boleh nampak deklarasi ini seolah-olah PKR nak jadikan bukan tujuan
asal, hanya untuk bebaskan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.
"Matlamatnya memang tidak sehaluan dengan Mahathir, oleh itu kita boleh
nampak deklarasi ini seolah-olah hanya dijalankan oleh pihak tertentu
sahaja, dan bukan PKR kerana matlamat tidak sama.
"Inilah satu masalah besar yang berlaku di PKR, dia akan ada cita-cita
sendiri. Semasa ia dijalankan dan matlamat asal bukan sedemikian,"
katanya kepada Antarapos.
Deklarasi Rakyat yang dilancarkan pada 4 Mac lalu hasil gabungan
Mahathir dengan Pakatan Harapan (PH), memfokuskan agenda penyingkiran
Najib selaku Perdana Menteri, dan tidak langsung menyebut mengenai
pembebasan Anwar.
Perkara itu juga tidak pernah dinyatakan Timbalan Presiden PKR Datuk
Seri Azmin Ali dan barisan kepimpinan PKR pada hari Deklarasi Rakyat
ditandatangani.
Lantas Presiden PKR yang juga isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail mengambil pendekatan tegas untuk memasukkan agenda pembebasan
bekas ketua pembangkang itu dalam perjuangan rakyat yang diketuai
Mahathir.
"Kita boleh nampak sekarang PKR sudah pecah kepada dua kumpulan. Satu
kumpulan yang diketuai oleh (Datuk Seri) Azmin Ali, dan satu lagi oleh
Presiden (Datuk Seri) Wan Azizah Wan Ismail.
"Daripada dalaman ini, memang sekarang berpecah kerana kita boleh
nampak Azmin Ali akan hadir dalam himpunan Selamatkan Malaysia dan Wan
Azizah mahupun Nurul Izaah hingga hari ini tidak pernah hadir program
ini," katanya.
Azizah sebelum ini terkilan dengan kenyataan Mahathir yang mendakwa
Anwar sudah terlalu tua untuk menjadi perdana menteri yang seterusnya.
Malah Mahathir mempertahankan tindakannya memecat Anwar sebagai
Timbalan Perdana Menteri pada 1998 ekoran menganggap pemimpin itu 'tidak
bermoral'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan