DETIK DAILY
Bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan dakwaan bahawa motivasi utama bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kempen untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah untuk melihat dia menduduki kerusi perdana menteri.
Ia sama sekali tak masuk akal dan mereka (Najib dan penyokongnya) sepatutnya mengenalinya (Mahathir) lebih daripada itu, kerana beliau (Mahathir) adalah bos mereka selama 22 tahun." katanya kepada South China Morning Post dalam satu temubual semalam.
Sambil mengulangi bahawa dia
sendiri tidak mempunyai cita-cita untuk menjadi perdana menteri
Malaysia, Mukhriz dengan tegas menafikan tuduhan kerajaan itu.
Mukhriz,
anak keempat daripada tujuh anak Dr Mahathir menceritakan bagaimana
bekas PM itu secara terbuka melarang ahli keluarganya terlibat dalam
politik semasa beliau memegang jawatan.
"Ia
adalah pengetahuan umum ketika beliau (Mahathir) menjadi presiden parti
dan perdana menteri, beliau tidak menggalakkan ahli keluarga,
terutamanya saya sendiri dan Mokhzani (Mahathir) daripada memainkan
peranan yang aktif dalam politik dan kerajaan bagi mengelak tuduhan
nepotisme," kata Mukhriz kepada akhbar tersebut.
Beliau
menafikan penglibatannya dalam politik selepas Dr Mahathir meletak
jawatan mempunyai apa-apa kaitan dengan kehendak bapanya.
"Anda
akan berfikir bahawa jika dia (Mahathir) mempunyai cita-cita seperti
itu untuk saya, dia boleh dengan mudah melakukannya semasa dia masih
berkuasa. Mengapa tunggu 13 tahun selepas bersara?" tanya Mukhriz.
Mukhriz
menceritakan bagaimana beliau mula-mula bertanding dalam pemilihan pada
2004 untuk jawatan ketua Pemuda Umno di Kubang Pasu, Kedah, bahagian
yang sebelumnya diterajui oleh bapanya, dan dia kalah.
"Bapa
saya memberitahu saya yang saya akan kalah dan saya kalah," katanya
sambil menambah ia mengajar beliau bahawa tiada apa pun yang boleh
diambil mudah.
Kemudian pada tahun yang sama,
Mukhriz memenangi jawatan exco Pemuda Umno dengan memperoleh undi
terbanyak, menandakan kebangkitan politiknya pada 2008 yang berterusan
apabila beliau menang kerusi Parlimen di Jerlun, Kedah, dan beliau
dilantik oleh Najib menjadi timbalan menteri antarabangsa perdagangan
dan industri pada 2009.
"Saya sebenarnya tidak
mempunyai cita-cita untuk menjadi perdana menteri kerana saya fikir ia
adalah satu tugas yang sukar, terutamanya sekarang," kata Mukhriz sambil
menambah jika ada perubahan dalam kepimpinan, maka orang baru akan
mewarisi keserabutannya.
"Saya tahu bagaimana
rasanya. Saya tahu betapa sukarnya. Bapa saya (menjadi perdana menteri)
selama 22 tahun." katanya ia adalah satu tugas yang memerlukan anda
menumpukan segala-galanya.
Ditanya mengenai
kesihatan bapanya ketika berdepan dengan serangan yang semakin meningkat
daripada Najib dan penyokong setianya serta peningkatan aktiviti ketika
beliau (Mahathir) menjelajah negara untuk menggesa pengunduran PM,
Mukhriz memberitahu akhbar itu bahawa ayahnya dalam keadaan "baik'.
"Beliau hampir 91 tahun, tetapi kesihatannya adalah baik," katanya.
Menurutnya, ayahnya mempunyai misi, maka bukan masa untuk beliau (Mahathir) berhenti di separuh jalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan