Datuk Nur Jazlan Mohamed
Katanya, penapisan hanya akan hanya dilakukan jika kandungan persembahan melanggar kriteria yang ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem.
"Kita tidak boleh menyekat kandungan semua rancangan yang dihasilkan kerana ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada masyarakat.
"Masyarakat perlu diberi ruang untuk mengembangkan fikiran mereka," katanya kepada Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Bachok) di Dewan Rakyat.
Nur Jazlan berkata selain mendapatkan nasihat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), lembaga itu juga terlibat dengan badan-badan agama lain seperti Hindu Sangam dan Majlis Gereja berhubung kandungan filem.
Beliau berkata lembaga itu juga akan mengeluarkan mana-mana adegan yang dianggap sebagai ancaman kepada keamanan dan ketenteraman awam, lucah, keganasan melampau, ajaran Islam sesat atau bertentang dengan norma masyarakat kita yang berbilang kaum.
Ditanya jika lembaga itu boleh menapis rancangan yang dimuat turun dari internet Nur Jazlan berkata ia tidak mungkin dapat dilakukan kerana ia berada di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Walau bagaimanapun, beliau berkata Jakim akan mengeluarkan nasihat jika rancangan itu menyebabkan umat Islam di sini menyimpang daripada kepercayaan agama.
Nur Jazlan memberi jaminan kepada penggubal undang-undang bahawa tindakan tegas akan diambil untuk membendung rancangan-rancangan yang menggalakkan ajaran Daesh atau Negara Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan