Perkara
10(1) Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan rakyat untuk
bersuara, berhimpun secara aman tanpa senjata, dan berpersatuan.
Perhimpunan
BERSIH 5 dianjurkan untuk membantah skandal rasuah 1MDB dan menuntut
pembaharuan dan penambahbaikan institusi awam secara aman.
Sebagai
penganjur perhimpunan BERSIH 5, BERSIH 2.0 telah mematuhi kehendak
Akta Perhimpunan Aman 2012 tanpa menjejaskan hak kami seperti yang
termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
BERSIH
2.0 akan berhimpun secara aman tanpa senjata dan tidak akan
menimbulkan apa-apa gangguan awam dan perbuatan yang tidak bermoral.
Oleh itu, BERSIH 2.0 menyeru semua peserta untuk mematuhi tatakelakuan
ini.
1. HORMAT NILAI-NILAI SEMUA KAUM DAN AGAMA.
Segala
ucapan dan kelakuan kami haruslah mengambil kira sensitivi agama dan
kaum. Elakkan ucapan dan bertuturan berunsurkan perkauman dan agama.
Hormati rakan-rakan dari agama dan bangsa lain ketika dalam perjalanan
protes.
2. BERKELAKUAN SOPAN DAN BERADAB.
Walaupun
protes merupakan salah satu acara dimana kita berkumpul untuk meluahkan
perasan ketidakpuasan hati kita, namun kita harus menjaga kelakukan
kita dan menghormati satu sama lain, terutamanya kepada petugas-petugas
sukarelawan dan pihak keselamatan, dan juga termasuk terhadap mereka
yang menentang kita. Kelakuan kita pasti akan dinilai oleh pihak-pihak
lain dan elakan penggunaan bahasa-bahasa rasis, seksis dan xenophobic.
3. BERDISIPLIN DAN MEMBERI PERHATIAN.
Himpunan
kita adalah dalam besar dan sudah pasti kita akan menghadapi pelbagai
rintangan daripada pelbagai pihak. Adalah penting untuk kita terus
memerhati persekitaran kita dan kekal dalam kumpulan. Sentiasa menjaga
keselamatan rakan-rakan himpunan yang lain dan patuhi segala
peraturan/arahan dari pihak Keselamatan BERSIH. Jangan panik dalam
keadaan cemas.
4. WARGANEGARA BERTANGGUNGJAWAB.
Kita
menyertai himpunan BERSIH 5 atas dasar cintakan negara dan untut
menuntut pembaharuan dalam sistem dan undang-undang negara. Oleh itu,
segala perbuatan vandalisma adalah dilarang sama sekali dan jika perkara
ini berlaku, maka pelaku itu harus bertanggungjawab dan mendepani
undang-undang yang berkait.
Kita
harus menunjukkan kelakuan terbaik sebagai rakyat Malaysia, sebagai
rakyat yang yang sanggup berusaha untuk kebaikan negara dan sesama
sendiri.
Kita
meraikan kepelbagaian dan datang bersama untuk menuntut pilihan raya
yang bersih, kerajaan yang bersih, memperkukuh demokrasi berparlimen,
hak membantah dan memperkasa Sabah, Sarawak dan semua kumpulan
terpinggir.
Kita membuat demikian kerana kita mempunyai impian yang dikongsi bersama - Malaysia baru yang saksama, adil, bebas dan makmur.
SATUKAN TENAGA, MALAYSIA BARU.
Dikeluarkan oleh
Jawatankuasa Pemandu BERSIH2.0.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan