MSO
1. Saya bimbang dan mengambil berat kenyataan Najib Razak yang
dikeluarkan di Tokyo berhubung himpunan Bersih 5 yang akan diadakan
lusa, Sabtu 19 November. Menurut kenyataan itu PM tidak mahu berlaku
pertarungan fizikal semasa himpunan berkenaan.
2. Najib membayangkan kebimbangannya akan berlaku pertarungan fizikal
apabila satu pihak (Kuning) mahu memprotes kerajaan dan satu pihak
(Merah) mahu mempertahankan kerajaan.
3. Apakah maksud kebimbangan Najib itu. Ia perlu difahami oleh semua
orang apa yang tersorot dalam kebimbangan seorang perdana menteri yang
dianggap sebagai peneraju kerajaan kleptokrasi, yang dimaksudkan oleh Dr
Mahathir Mohamad sebagai kerajaan; penyangak, penyogok dan perompak
itu.
4. Apakah Najib menghantar mesej tersembunyi
disebalik kebimbangan itu? Kalau benar Najib bimbang dengan apa yang
akan berlaku Sabtu nanti, tentu dia akan membuat arahan keras semisalnya
melarang himpunan baju Kuning dan tujuan baju Merah yang hendak
mengacau itu. Kacau dikatakan kerana yang tetapkan atau rancang himpunan
itu ialah baju Kuning.
5. Najib tidak perlu membuat bayangan-bayangan yang boleh ditafsirkan
positif oleh satu pihak dan negatif oleh pihak yang lain. Apa lagi kalau
disebalik kebimbangan itu diselit mesej khas untuk difahami oleh baju
Merah?
6. Jika melihat kepada gelagat dan tindak tanduk puak baju Merah yang rakus dan arragont ia
seakan mendapat restu daripada pihak kerajaan dan Najib sendiri. Puak
baju Merah boleh melakukan apa-apa sahaja termasuk mencederakan orang,
memaki hamu dan menganggu orang awam dengan bebas secara kera liar.
7. Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin baju Merah juga
bukan sahaja berbau rasis tetapi ada unsur jenayah. Sekiranya kenyataan
yang dikeluarkan dari mulut pihak pembangkang saya yakin dan percaya
mereka sudah dicekup.
8. Malangnya pihak berkuasa khasnya polis seperti memandang dingin dan
tidak tegas dalam mengawal kenyataan berbau jenayah yang dikeluarkan
itu. Sikap polis semacam mahu membiarkan keadaanya persis ada motif
tersirat? Integriti PDRM sebagai pasukan menjaga keselamatan dan
ketenraman tercalar.
9. Mengambil kira kata-kata Najib tadi pihak baju Merah beraksi untuk
mempertahankan kerajaan yang kontradik dengan puak baju Kuning yang
memprotes kerajaan. Bermakna Najib suka kalau puak baju Merah melakukan
kesadisan kerana menguntungkannya. Dalam hal ini bagi Najib tentulah dia
mahu kedudukan dan kuasanya kekal tanpa mempedulikan apa yang berlaku
kepada orang lain, rakyat. Dingatkan Najib jangan memperdagangkan
keringat rakyat untuk kepentingan peribadi.
10. Bertolak dari kenyataan Najib itu bagi saya ada dua makna, dan ia
hampir benar dengan tanggapan Dr Mahathir sebelum ini. Menurut kata
Mahathir mungkin Najib mahu negara ini huruhara dengan tindak tanduk
puak-puak seperti kumpulan baju Merah yang membuat kacau kerana dengan
itu ia boleh digunakan oleh kerajaan untuk membekukan pentadbiran negara
(darurat) atas dasar keselamatan.
11. Kerana kalau tidak ada maksud ke arah itu pasti pihak berkuasa sudah
membuat kawalan ketat bagi mengelak berlaku kekecauan, provokasi
berlebihan dan pertempuran Sabtu ini. Polis boleh bertindak tegas dengan
kuasa yang ada kepadanya.
12. Atau Najib boleh mengarahkan supaya himpunan itu dan rancangan baju
Merah hendak menganggu himpunan Bersih dihentikan. Disebabkan
kedua-duanya sudah membuat persiapan untuk berhimpun jalan adil ialah
kerajaan membenarkan kepada kedua-dua kumpulan itu berhimpun dan
menunjukkan kekuatan mereka.
13. Misalnya kerajaan boleh tetapkan himpunan untuk baju Kuning Sabktu
ini, manakala untuk baju Merah Sabtu akan datang. Biarkan mereka
berhimpun pada masa dan ketika berbeza. Di situ mereka boleh tunjuk
perasaan mereka dan kekuatan gerombolan yang ada. Polis juga boleh
menilai himpunan pihak mana yang tertib dan sopan.
14. Tujuan himpunan adalah untuk menunjukkan kekuatan dari segi angka
atau jumlah yang hadir. Kumpulan mana yang mendapat dokongan rakyat maka
dialah yang menang.
15. Najib dan kerajaan tidak perlu takut kepada himpunan Bersih atau
baju Kuning. Sudah empat kali mereka berhimpun tiada kesan buruk kepada
negara. Keburukan tentang himpunan mereka banyak dipropagdankan oleh
media PB sahaja. Mereka hanya menyuarakan beberapa tuntutan mereka
sahaja yang mana bukan mudah didengar dan diakur oleh kerajaan.
16. Kerajaan tetap akan mengekalkan kekotoran yang dikategorikan oleh
Bersih itu kerana kerajaan dan Najib suka hidup dan dalam kekotoran.
Kekotoran tulah memberi oksigen untuk penafasan mereka bagi terus
berkuasa.
17. Hati kecil saya terdetak hal-hal yang tidak wajar akan berlaku
menjelang hari esok dan lusa. Mungkin perasaan ini wujud ekoran daripada
keadaan saya yang kini terlalu sibuk dan keletihan dalam menyiapkan
buku baharu. Dan kalau kejadian buruk berlaku lusa pihak polis perlu
bertanggungjawab sepenuhnya. Wakahu'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan